Pendidikan
SERATIS
Sekolah Rendah Tahfiz ibnu Sina
SERATIS
Penerangan Logo

al-Quran
Diletakkan tinggi dan ianya menjadi rujukan di dalam kehidupan.
Bangunan
Simbolik kepada karier profesional yang ianya dilihat sebagai fardhu kifayah, dakwah dan Izzah.
Tulisan Jawi
Merujuk kepada sekolah beridentitikan Islam
Warna Hijau
Ketenangan, ciptaan alam, penerapan Tauhid Rububiyyah di dalam pendidikan.
SERATIS
Rasional Penubuhan Sekolah Rendah Tahfiz
Sekolah Rendah Tahfiz Ibnu Sina ditubuhkan pada 4 Jan 2015. Sekolah ini dikuatkuasakan pada 5 Jan 2016 sehingga lah sekarang. Sekolah ini pada mulanya Sekolah Rendah Tahfiz dan Akademik (SERATA) sebelum bertukar nama kepada Sekolah Rendah Tahfiz Ibnu Sina (SERATIS).
Bahkan itu, penubuhan SERATIS diwujudkan adalah kerana permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat terutamanya para ibu bapa. Hal ini kerana peluang dan permintaan ibu bapa dalam mencari pendekatan alternatif dalam pendidikan yang menyeluruh iaitu hafazan, akademik dan kafa juga penekanan adab yang thoyyib amatlah terhad. Akhirnya, dengan wujudnya permasalah yang sebegitu, sekolah ini ditubuhkan untuk melestarikan setiap impian ibu bapa yang ingin melihat anak anak mereka yang berjaya dalam semua aspek dan ciri-ciri mukmin mukminah yang berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.
SERATIS bertempat di kampung Expo berdekatan dengan masjid Expo, Kamunting, SERATIS pada awalnya hanya mempunyai bilangan kecil pelajar dan guru iaitu seramai 28 pelajar dan 3 orang guru untuk pelajar tahap 1 yang berumur 7 tahun. Setelah itu, SERATIS berkembang secara berperingkat dan sehingga kini telah mewujudkan tahap 2 iaitu berumur 8 tahun. Kini pelajar sudah menjangkau sebanyak 49 orang dan 6 orang pendidik. Tahun 2018, pelajar mencecah 72 orang dengan bilangan Guru seramai 10 orang dan seorang pembantu am.
SERATIS
Kokurikulum
Memiliki matapelajaran akademik seiring dengan pendidikan perdana
Memiliki matapelajaran dan peperiksaan KAFA
Memiliki penilaian hafazan al-Quran
Memiliki ujian UPSR, SRAI dan UPKK
Memiliki Kelab dan Persatuan

SERATIS
Kelebihan SERATIS
1) Silibus 3 Aliran
Memiliki silibus yang menggabungkan tiga aliran iaitu Hafazan, Akademik dan KAFA.
2) Modul Pengajaran
Modul pengajaran yang tersendiri.
3) Hubungan Baik dengan KPM
SERATIS juga memiliki hubungan dengan KPM, bermakna markah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) juga disediakan. Markah ini akan dilampirkan sekali bersama keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
4) Berdaftar dengan Pihak JAIPk
SERATIS juga berdaftar dengan pihak JAIPk di dalam menguruskan peperiksaan UPKK dan SRAI.
5) Kepentingan Amali
Penilaian mementingkan amali.
6) Kualiti Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang berkualiti, lepasan ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.
7) Sesi Pembelajaran
Sesi pembelajaran dari jam 7.45 pagi (mulai jam 7.00 pagi, sekolah sudah dibuka) hingga jam 5.00 petang (paling lewat jam 5.30 petang). Ini bermakna, ibu bapa tidak perlu mengambil anak di waktu tengahari.
8) Keselesaan Pelajar Diutamakan
Adanya mandi di waktu tengahari, ibu bapa tidak perlu risau berkaitan dengan mandi dan juga ketidakselesaan anak di waktu tengahari.
9) 3x Waktu Makan
Makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengahari dan petang.
10) Penilaian Bersama Ibubapa
Adanya penilaian bersama dengan ibu bapa setiap 3 bulan sekali. Ini bermakna, di dalam setahun ada 3 perjumpaan bagi membincangkan tahap penguasaan pelajar.
11) Amali Solat
Adanya amali solat, (pelajar akan solat berjemaah di sekolah sehari 3 solat: solat Dhuha, solat Zuhur dan solat Asar). Di sini, pelajar dilatih untuk azan, menjadi imam dan membaca doa selepas solat.
12) Kemudahan Projektor
Setiap kelas memiliki projektor bagi memudahkan guru-guru untuk mengajar.
13) Kemudahan Internet
Internet sampai ke setiap bilik darjah bagi memudahkan guru memanfaatkan internet seterusnya memperkukuh lagi pengajaran di dalam bilik darjah.
SERATIS
Sukatan Pelajaran

Yuran Tahunan dan Bulanan 2023

SERATIS
Carta Organisasi

Guru Besar Seratis
Ustazah Nadhirah Syafinaz binti Shafie

PK HEM / Bendahari
Ustazah Siti Hajar binti Kamarulzaman

Guru Kokurikulum
Ustaz Aimanuddin bin Ahmad

Guru Unit SPBT
Ustazah Asila binti Ahmad

Guru Kelas Tahun 1
Ustazah Wan Diyana binti Wan Sam

Guru Kelas Tahun 4
Ustazah Nor Hanisah binti Mohd Khalid

Guru Kelas Tahun 2
Muhamad Amirul Amri bin Muhamad Hanafi

Guru Kelas Tahun 5
Ustazah Aina Zahirah binti Zaki

Guru Kelas Tahun 3
Ustaz Ahmad Bukhari bin Mat Sah

Guru Kelas Tahun 6
Ustazah Nur Farhanahanim Annisa binti Md Puzi

Ustazah Wan Diyana binti Wan Sam

Ustaz Ahmad Fahmy bin Shahrudin

Ustazah Nur Hidayah binti Johar Ariffin

Ustazah Wan Ainin Salsabila binti Wan Nazri

Ustazah Atikah Nabilah binti Azhar

Pembantu Am
En. Eteh bin Alui